...... MARI BELAJAR ELEKTRIK........
Wednesday, May 24, 2017
BUFFET RAMADHAN KLANG 2017
🌺BUFFET RAMADHAN🌺
🌺LAMAN MAZMIDA🌺
♦Menjemput... mari berbuka puasa dengan suasana ala-ala taman .
♦Dengan hanya:
Dewasa - RM35.00 per pax
Kanak² ( 9thn-12thn ) - RM25.00 per pax
Warga emas - RM25.00 per pax
♦MULAI:-
30hb Mei ( 4 Ramadhan ) - 23hb Jun ( 28 Ramadhan )
♦Anda boleh menikmati juadah berbuka puasa sehingga kenyang
dan berbaloi-baloi...!!!
♦Kemudahan disediakan seperti ruang solat dan kawasan parkir yang luas.
♦Bagi mereka yang ingin berbuka puasa secara berkumpulan, kami juga menyediakan ruanga santapan tersendiri... Bagaikan anda berada di bazar.
♦Berminat...untuk tempahan boleh hubungi :
016-2964081
03-33811670
Lokasi :
LAMAN MAZMIDA
Jalan Sungai Jati Klang Selangor
Thursday, December 25, 2014
Surge Protection Device (SPD)
Ape itu SPD?
- SPD adalah merupakan satu peralatan yang dipasang bagi melindungi peralatan elektronik daripada mengalami kerosakan/terbakar daripada akibat surge lightning (arus pusuan).
mengikut pemahaman saya..
Adalah satu kejadian ciptaan Allah swt..iaitu:
Kenapa kite pasang SPD?
- Melindungi drp. arus lebihan dlm jangka masa yang sgt singkat.
- Untuk melidungi peralatan elektronik daripada rosak.
Perkara yang menyebabkan surge/over voltage ialah Lightning & Swicthing.
Fungsi SPD?
- Sekarang, peralatan elektronik yg sensitif yang dilindungi SPD seperti komputer, modem, kamera sebagainya dilindungi.
Kesan kepada peralatan elektronik ,jika tidak pasang SPD atau silap design SPD
- Akan menurunkan kualiti peralatan elektronik
-Terbakar
brand yang biasa pakai ialah marsa (sila kllik utk maklumat lanjut)..pilih barangan buatan malaysia...mengikut kata - kata pengilang dan org berpengalaman menyatakan...SPD buatan malaysia adalah bagus kerana..kite test product tersebut dlm iklim malaysia yang kadar ligthning tahunan lebih kerap berbanding produk luar negara yg kadar lightning tahunan yg rendah.
" so pilih buatan malaysia.."
" semua terjemaah di atas adalah berdasarkan pemahaman saya semata - mata, jika terdapat salah dan silap sila betul pemahaman saya......belajar sampai liang lahat."
Thursday, March 20, 2014
service ACB
PROSEDUR PENUTUPAN DAN PEMULIHAN BEKALAN DAN
KERJA-KERJA SENGGARAAN ACB.
- Dapatkan surat kebenaran kerja terlebih dahulu daripada penyelia, jurutera atau orang kekompetenan berkenaan.
- Berikan surat notis kepada pengguna bahawa bekalan akan diputuskan sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal.
- Kerja-kerja senggaraan mestilah dilakukan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang iaitu ( seorang chargeman dan seorang pekerja)
- Tikar getah Rubber Mate dihadapan papan suis hendaklah dalam keadaan kering & tidak berminyak (5mm tebal & panjang mengikut saiz papan suis)
- Alat pemadam api berada pada tempatnya & boleh digunakan
- Bilik pencawang bersih & tiada sebarang gangguan & halangan
- Gambarajah skematik pendawaian berkeadaan baik dan boleh dibaca
- Carta pertolongan cemas berada pada tempatnya dan boleh dibaca.
- Buku log berada pada tempatnya , dicatat jenis kerja yang dibuat untuk semakan masa hadapan.
- Pastikan alat-alat kelengkapan kerja dalam keadaan baik, mencukupi dan selamat digunakan.
LANGKAH KETIGA
- Sebelum bekalan diputuskan, ambil bacaan pada Ammeter, Voltmeter, PF meter dan catatkan dalam buku kerja harian Chargeman.
- Maklumkan kepada pengguna yang terlibat bahawa bekalan akan diputuskan supaya kerja – kerja yang sedang dijalankan tidak terganggu oleh sebab penutupan bekalan.
- Matikan outgoing feeder ke beban iaitu semua fius, suis yang ada di papan suis utama itu, matikan daripada kecil ke besar.(Tujuannya supaya tidak berlaku percikan arka yang tinggi semasa bekalan diputuskan pada ACB ini – bacaan pada Ammeter menunjukkan 0 tetapi pada bacaan voltmeter masih mempunyai bacaan.
- Tripkan ACB & bacaan pada voltmeter 0
- Bukakan pintu ACB, ambil handle ACB yang telah disediakan dan masukkan pada ACB dan tarik ACB keluar.
- Terdapat 3 kedudukan dalam ACB iaitu kedudukan servis, test dan isolated di mana kedudukan isolated diperlukan untuk tujuan kerja – kerja senggaraan.
- Nota : Untuk menguji samada Shunt trip coil berfungsi atau tidak tekan butang ON dan OFF
- Bila ACB berada dalam kedudukan selamat dan sedia untuk dikeluarkan, angkat ACB dan letak di atas (Rubber mate)
- Akhir sekali letak tanda amaran (BAHAYA) pada papan suis untuk mengelakkan dari sebarang kemalangan yang tidak diingini.
LANGKAH KEEMPAT
- Bersihkan habuk-habuk atas ACB , arc chute dengan menggunakan kuasa angin (blower) atau vacum .
- Ketatkan bolt dan nut yang mana longgar dan periksa kesemuanya
- Letakkan minyak gris pada rel (Esso Q2) 2/3.
- Minyakkan kesemua mekanisma-mekanisma mekanikal (switching mechanism) dengan minyak WD40.
- Cucikan main contact dan arcing contact dengan menggunakan kertas pasir halus dan kikir halus.
- Cucikan roller isolating contact dan lapkan dengan kain yang bersih dan sapukan dengan minyak vascaling (PETROLEUM JELLY).
- Periksa semua bushing, periksa jika ada yang retak dan ini boleh mengurangkan penebatan pada bushing itu.
LANGKAH KELIMA
A)
UJIAN KESERATAAN
LANGKAH KE ENAM
LANGKAH KE TUJUH
Friday, February 24, 2012
msb
Persediaan sebelum kerja penyelanggaraan Main Switch Board.
Monday, November 14, 2011
Thursday, September 22, 2011
ari ini aku nak cite kan prinsip kendalian mara songsang
org melayu pangil mara songsang org jawa pangil lak forward reverse.
1. Bekalan elektrik di masukkan arus akan mengalir terus ke mcb.
2. Apabila mcb di onkan bekalan akan masuk melalui power supply dan cpu mendapat bekalan.
3. Kemudian laraskan kunci pada console kepada program.dan memastikan program clear. Sebelum memasukan MNEMONIC CODE yang dikehendaki.
4. Setelah siap memasukan kod tersebut. Laraskan kunci pada program ke monitor untuk memastikan kod tersebut dalam keadaan yang betul.
5. Setelah selesai laraskan kunci tersebut pada run untuk mehidupkan litar kawalan.
6. Apabila punat tekan mara(forward) di tekan ia akan berfungsi dan penyentuh akan bertenaga mengalirkan arus elektrik ke motor dan menyebabkan berputar mengikut arah jam.
7. Semasa motor sedang berputar punat butang songsang(reverse) tidak boleh hidup.apabila songsang(reverse) sedang beroperasi punat butang mara(forward) tidak boleh hidup.
8. Ini disebab kan litar kawalan ini mempunyai interlock. Ini bertujuan untuk keselamatan bagi mengelakkan daripada pertembungan fasa ke fasa dan menyelamatkan motor daripada rosak.
9. Apabila punat tekan stop di tekan bekalan akan terputus dan penyentuh tidak akan bertenaga. menakibatkan motor berhenti berputar.
10. Setelah selesai programming semula console kepada clear sepenuhye
11. Jika berlakunya arus beben lebih Overload berfungsi sebagai pemutuslitar bagi menyelamatkan motor daripada rosak.
12. Memutuskan semula bekalan dengan offkan mcb.