Wednesday, May 24, 2017

BUFFET RAMADHAN KLANG 2017


🌺BUFFET RAMADHAN🌺
🌺LAMAN MAZMIDA🌺

♦Menjemput... mari berbuka puasa dengan suasana ala-ala taman .                          

♦Dengan hanya:
Dewasa - RM35.00 per pax
Kanak² ( 9thn-12thn ) - RM25.00 per pax
Warga emas - RM25.00 per pax

♦MULAI:-
30hb Mei ( 4 Ramadhan ) - 23hb Jun ( 28 Ramadhan )

♦Anda boleh menikmati juadah berbuka puasa sehingga kenyang                        
   dan berbaloi-baloi...!!!

♦Kemudahan disediakan seperti ruang solat dan kawasan parkir yang luas.
♦Bagi mereka yang ingin berbuka puasa secara berkumpulan,  kami juga menyediakan ruanga santapan tersendiri... Bagaikan anda berada di bazar.                                            

♦Berminat...untuk tempahan boleh hubungi :
016-2964081   
03-33811670 
                     
Lokasi :
LAMAN MAZMIDA    
Jalan Sungai Jati Klang Selangor






Thursday, December 25, 2014

Surge Protection Device (SPD)

Description: http://www.marsaprotector.com/images/3phasepower.gifSurge Protection Device (SPD)


Ape itu SPD?
- SPD merupakan peralatan elektrik bagi sistem pemasangan elektrik shj dan tidak dipasang pada sistem pemasangan telephone.
- SPD adalah merupakan satu peralatan yang dipasang bagi melindungi peralatan elektronik daripada mengalami kerosakan/terbakar daripada akibat surge lightning (arus pusuan).
Apa itu arus pusuan ( surge lightning)? 
mengikut pemahaman saya..

Adalah satu kejadian ciptaan Allah swt..iaitu:
1) Sebelum lightning berlaku, negara kita merupakan negara yang mempunyai awan yang tebal dan apabila berlaku pergeseran di antara awan lalu meghasilkan cas - cas.Pergeseran cas akan menyebabkan berlaku lightning (kilat).

2) Setelah lightning berlaku, maka terhasil satu arus yang tinggi dlm jangkamasa yang amat pantas, mikro saat..dengan frekuensi yang berlainan iaitu multi frekuensi dan akan melalui kabel bwh tanah dan terus ke MSB, SBB, DB (harap dah tahu singkatan tersebut) dan "PPPAANNNGGG"!!!!! terkene peralatan elektronik,lalu rosak dan terbakar...dan itulah sebab dicipta SPD nih.

Kenapa kite pasang SPD?
- Melindungi drp. arus lebihan dlm jangka masa yang sgt singkat.
- Untuk melidungi peralatan elektronik daripada rosak.
Perkara yang menyebabkan surge/over voltage ialah Lightning & Swicthing.

Fungsi SPD?
- Mengalihkan surge tersebut ke bumi (earth) dengan seberapa pantas yang boleh.
- Sekarang, peralatan elektronik yg sensitif yang dilindungi SPD seperti komputer, modem, kamera sebagainya dilindungi.


Kesan kepada peralatan elektronik ,
jika tidak pasang SPD atau silap design SPD
- Akan menurunkan kualiti peralatan elektronik
-Terbakar

brand yang biasa pakai ialah
 marsa (sila kllik utk maklumat lanjut)..pilih barangan buatan malaysia...mengikut kata - kata pengilang dan org berpengalaman menyatakan...SPD buatan malaysia adalah bagus kerana..kite test product tersebut dlm iklim malaysia yang kadar ligthning tahunan lebih kerap berbanding produk luar negara yg kadar lightning tahunan yg rendah.
so pilih buatan malaysia.."

" semua terjemaah di atas adalah berdasarkan pemahaman saya semata - mata, jika terdapat salah dan silap sila betul pemahaman saya......belajar sampai liang lahat."

Thursday, March 20, 2014

service ACB


PROSEDUR PENUTUPAN DAN PEMULIHAN BEKALAN DAN KERJA-KERJA SENGGARAAN ACB.



LANGKAH PERTAMA


  1.   Dapatkan surat kebenaran kerja terlebih dahulu daripada penyelia, jurutera atau orang kekompetenan berkenaan.
  2.  Berikan surat notis kepada pengguna bahawa bekalan akan diputuskan sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal.
  3. Kerja-kerja senggaraan mestilah dilakukan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang iaitu ( seorang chargeman dan seorang pekerja)


LANGKAH KEDUA

(LANGKAH KESELAMATAN DLM BILIK PENCAWANG P.S.U)

  1.   Tikar getah Rubber Mate dihadapan papan suis hendaklah dalam keadaan kering & tidak berminyak (5mm tebal & panjang mengikut saiz papan suis)
  2.  Alat pemadam api berada pada tempatnya & boleh digunakan
  3.   Bilik pencawang bersih & tiada sebarang gangguan & halangan
  4.   Gambarajah skematik pendawaian berkeadaan baik dan boleh dibaca
  5.   Carta pertolongan cemas berada pada tempatnya dan boleh dibaca.
  6.   Buku log berada pada tempatnya , dicatat jenis kerja yang dibuat untuk semakan masa hadapan.
  7.   Pastikan alat-alat kelengkapan kerja dalam keadaan baik, mencukupi dan selamat digunakan.


LANGKAH KETIGA


KERJA-KERJA SENGGARAAN (SHUT DOWN)


  1. Sebelum bekalan diputuskan, ambil bacaan pada Ammeter, Voltmeter, PF meter dan catatkan dalam buku kerja harian Chargeman.
  2.   Maklumkan kepada pengguna yang terlibat bahawa bekalan akan diputuskan supaya kerja – kerja yang sedang dijalankan tidak terganggu oleh sebab penutupan bekalan.
  3.  Matikan outgoing feeder ke beban iaitu semua fius, suis yang ada di papan suis utama itu, matikan daripada kecil ke besar.(Tujuannya supaya tidak berlaku percikan arka yang tinggi semasa bekalan diputuskan pada ACB ini – bacaan pada Ammeter menunjukkan 0 tetapi pada bacaan voltmeter masih mempunyai bacaan.
  4. Tripkan ACB & bacaan pada voltmeter 0
  5. Bukakan pintu ACB, ambil handle ACB yang telah disediakan dan masukkan pada ACB dan tarik ACB keluar.
  6. Terdapat 3 kedudukan  dalam ACB iaitu kedudukan servis, test dan isolated di mana kedudukan isolated diperlukan untuk tujuan kerja – kerja senggaraan.
  7. Nota : Untuk menguji samada Shunt trip coil berfungsi atau tidak tekan butang ON dan OFF
  8. Bila ACB berada dalam kedudukan selamat dan sedia untuk dikeluarkan, angkat ACB dan letak di atas (Rubber mate)
  9. Akhir sekali letak tanda amaran (BAHAYA) pada papan suis untuk mengelakkan dari sebarang kemalangan yang tidak diingini.

LANGKAH KEEMPAT



  1. Bersihkan habuk-habuk atas ACB , arc chute dengan menggunakan kuasa angin (blower) atau vacum .
  2. Ketatkan bolt dan nut yang mana longgar dan periksa kesemuanya
  3. Letakkan minyak gris pada rel (Esso Q2) 2/3.
  4. Minyakkan kesemua mekanisma-mekanisma mekanikal (switching mechanism) dengan minyak WD40.
  5. Cucikan main contact dan arcing contact dengan menggunakan kertas pasir halus dan kikir halus.
  6. Cucikan roller isolating contact dan lapkan dengan kain yang bersih dan sapukan dengan minyak vascaling (PETROLEUM JELLY).
  7. Periksa semua bushing, periksa jika ada yang retak dan ini boleh mengurangkan penebatan pada bushing itu.

LANGKAH KELIMA

KERJA – KERJA UJIAN KE ATAS ACB

A)    UJIAN KESERATAAN

Letakkan kertas putih dan lapikkan kertas karbon kepada sesentuh utama dan ON kan ACB, kita akan mendapat tanda pada kertas putih itu samada baik atau tidak sesentuh utama itu.

B)    UJIAN PENEBATAN
Uji dengan alat Insulation tester – 1 kv dan bacaannya mestilah tidak kurang daripada  1 mega Ohm di antara fasa dengan fasa dan fasa dengan bumi.

C)    UJIAN KETERUSAN
Uji dengan alat micro ohm meter atau multimeter dengan skil X1 dan bacaannya mestilah 0 diantara roller incoming dan outgoing contact bagi setiap fasa dan ACB di dalam keadaan ON kan.

UJIAN PENGLIHATAN.


LANGKAH KE ENAM



Ø  Masukkan ACB tadi ke dalam papan suis utama dengan mengikut step tadi.
         a.       Kedudukan selamat (safe position)
         b.      Kedudukan mengasing (Isolated position)
         c.       Kedudkan Ujian (test position)
         d.      Kedudkan sambungan (service position)
Ø  Periksa semua shunt trip fius, voltmeter fius dalam keadaan baik.
Ø  Resetkan OCR (over current relay) oil Dashport (jenis minyak di dalamnya – mineral oil SAE 30)
Ø  Resetkan EFR (earth fault relay)
Ø  ON kan ACB
Ø  Periksa dan dapatkan bacaan pada voltmeter dengan menggunakan selector switch dari fasa ke fasa ialah 415 volt.
Ø  Maklumkan kepada pengguna bahawa bekalan akan dipulihkan semula.
Ø  ON kan semua fius suis dari besar ke kecil. Pastikan Amp meter ada bacaan, ini menunjukkan bahawa bekalan telah digunakan dan pastikan PF (power factor meter) menunjukkan bacaan 0.85 ke atas.
Ø  Voltan variasi yang dibenarkan tidak boleh melebihi +5 dan – 10 daripada voltan yang sebenar.

LANGKAH KE TUJUH


Ø  Tunggu dalam masa 2 hingga 3 minit dan catitkan kerja-kerja yang dibuat di dalam bilik suis utama iaitu tarikh, masa mula dan masa tamat  di dalam buku log dan jenis-jenis senggaraan yang dibuat tadi.Kemaskan peralatan kerja dan bersihkan bilik pencawang.
Jikalau tiada berlaku  kerosakan, bolehlah tinggalkan bilik pencawang dan beritahu kepada ketua penyelia atau jurutera bekenaan bahawa kerja-kerja senggaraan telah siap dan batalkan permit kerja-kerja senggaraan tadi.

Friday, February 24, 2012

msb

Persediaan sebelum kerja penyelanggaraan Main Switch Board.

e-juruelektrik, by admin.
Main Switch Board adalah panel kawalan kuasa utama di pemis – permis perniagaan. Penyelanggaraan berjadual adalah perlu agar MSB boleh berkendali dengan selamat.
Antara tujuan – tujuan penyelanggaraan adalah memastikan bahawa semua komponen MSB masih selamat digunakan, mengenal – pasti segala kemungkinan yang membahaykan seperti kesan haba di setiap hujung pengalir dan lain – lain yang difikirkan perlu.
Seorang jurutekink yang kompeten akan menyediakan kelengkapan yang sesuai untuk menghindarkan sebarang kemalangan. Perkara yang paling penting adalah menyiapkan minda sebelum memulakan kerja agar seseorang juruteknik itu tidak gopoh dan yakin dengan kerja – kerja yang dia akan lakukan ini adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan semasa berkerja terutama jika melibatkan penggantian kelengkapan.
Jika perlu lukiskan carta kerja dari awal hingga akhir dan rujuk carta tersebut setiap kali memulakan kerja.


LANGKAH KESELAMATAN
Pemakaian pakaian yang sesuai amatlah penting untuk menjamin keselesaan sepanjang berkerja tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar sehingga ianya menjadi satu kerja tambahan (Mengurus pakaian sewaktu berkerja). Kasut berdaya tebatan yang tinggi dan hand glove untuk mengelakkan sentuhan terus kepada pengalir.
Sedaiakan hand tools selengkapnya dan susun mengikut keperluan agar tidak bersepah dan mudah diambil. Kebiasaannya penggunaan Tool Box juga membantu tetapi penyusunan peralatan hendaklah kemas dan tidak memasukkan kelengkapan yang tidak berkaitan.
Mulakan kerja penyelanggaraa dengan mematikan peranti ( MCCB ) di setiap out Going Feeder dan setelah itu Off-kan ACB MSB. Perhatikan setiap meter – meter yang terlibat seperti Amp Meter dan Volt Meter pastikan bacaan adalah kosong (O) ini menunjukkan bahawa bekalan telah diputuskan.
Perlu diingatkan bahawa terdapat premis yang mempunyai 2 atau lebih MSB. Hal ini memerlukan pemahaman tentag Diagram pemasanga MSB tersebut. Kebiasaannya MSB yang mengawal bekalan dari SESB / TNB boleh dihubungkan dengan Mechanical Interlock jika MSB lebih dari satu. Bagaimanapun, Mechanical Interlock tidak dibincangkan dengan lanjut disini. Sementara

Monday, November 14, 2011

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/12
4.2.3 Syarat-Syarat Pemilihan Kabel

Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat, ekonomikal, beberapa syarat/peraturan perlu diambil kira:
a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan susutan voltan dalam had yang ditetapkan.
b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat.
c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya.
d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang teruk
e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan yang digunakan.

4.2.4 Faktor Pemilihan Jenis Kabel

a) Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling
b) Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan
c) Jangka masa ketahanan yang dikehendaki
d) Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi
e) Perbelanjaan yang dianggarkan
f) Rupabentuk
g) Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan.


Thursday, September 22, 2011



ari ini aku nak cite kan prinsip kendalian mara songsang
org melayu pangil mara songsang org jawa pangil lak forward reverse.

1. Bekalan elektrik di masukkan arus akan mengalir terus ke mcb.

2. Apabila mcb di onkan bekalan akan masuk melalui power supply dan cpu mendapat bekalan.

3. Kemudian laraskan kunci pada console kepada program.dan memastikan program clear. Sebelum memasukan MNEMONIC CODE yang dikehendaki.

4. Setelah siap memasukan kod tersebut. Laraskan kunci pada program ke monitor untuk memastikan kod tersebut dalam keadaan yang betul.

5. Setelah selesai laraskan kunci tersebut pada run untuk mehidupkan litar kawalan.

6. Apabila punat tekan mara(forward) di tekan ia akan berfungsi dan penyentuh akan bertenaga mengalirkan arus elektrik ke motor dan menyebabkan berputar mengikut arah jam.

7. Semasa motor sedang berputar punat butang songsang(reverse) tidak boleh hidup.apabila songsang(reverse) sedang beroperasi punat butang mara(forward) tidak boleh hidup.

8. Ini disebab kan litar kawalan ini mempunyai interlock. Ini bertujuan untuk keselamatan bagi mengelakkan daripada pertembungan fasa ke fasa dan menyelamatkan motor daripada rosak.

9. Apabila punat tekan stop di tekan bekalan akan terputus dan penyentuh tidak akan bertenaga. menakibatkan motor berhenti berputar.

10. Setelah selesai programming semula console kepada clear sepenuhye

11. Jika berlakunya arus beben lebih Overload berfungsi sebagai pemutuslitar bagi menyelamatkan motor daripada rosak.

12. Memutuskan semula bekalan dengan offkan mcb.



Saturday, September 3, 2011

x ade rezeki








arrrrrrrrr
3/9/2011 tamat lah khidmat lens micro canon, yang sudah berkhidmat selame 1tahun
sedih pon x gune lagi. bende dah jadi.., semuanye belaku ape bile aku pergi ke ict.
akibat kelalayan diri sendiri buatkan mod orang tersayang x ade.. kesian dia..
tapi x pee. janji aku dapat keluar dgn si dia., mlm ni aku lihat dia sagat2 cantik.
selalunye dia x sebegitu.. tapi x tau la , biase la dah lame x kuar. so kuar kali ni rasa lain macam sikit. tapi biase la perkare biase berlaku lagi. arrrr gadoh. hihhih walau pon dia selalu cari gadoh. dia suke cari salah org, tapi dia sebnrnye baik...... aku tau isi hati dia.. point yang penting mesti la aku ni org yg penyabar. hihihhihih pekara biase. lelaki ni mempuyai sifat penyabar alhamdullila. lagi satu cite mcm sblm2 ni aku kuar rase biase jee. but semlm rase semacam je
mlm sebelum kami kuar aku mimpi bukan2.. tentang dia.
tapi x tau la. semakin ari, aku semakin sayang kt dia.
emmmm x tau nak ckp ape lagi
emmmmmm i dah gile kot arrrr tension laaa...... syg i miss u syg....
yg tercinta nur fatiha


bende ni la aku naik semlm , yang megakibatkan lens aku jatuh lalu rosak la hihihii